comscore
Tumpuan :
Sukan

Kejutan Wei Chong-Kai Wun

FOTO: BAM

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan mara ke suku akhir Badminton Terbuka China menewaskan pasangan nombor tiga dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di Pusat Sukan Olimpik Changzhou sebentar tadi.

Wei Chong-Kai Wun yang tampil selaku beregu bukan pilihan mendapat keyakinan awal apabila menang set pertama 21-18.

Set kedua lebih mendebarkan apabila lawan cuba bangkit namun Wei Chong-Kai Wun kental menyerap asakan lawan.

Selepas berlarutan 39 minit, beregu negara yang berada di kedudukan ke-13 dunia memastikan tempat ke suku akhir apabila menamatkan set kedua 21-19.

Malaysia kini mengesahkan satu tiket ke separuh akhir beregu lelaki apabila Wei Chong-Kai Wun dijadual menentang sama ada gandingan Goh Sze Fei- Nur Izzuddin dan Roy King-Junaidi Arif
yang bertarung sesama sendiri pada pusingan ke-16 hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini