Tumpuan :
Sukan

Kejutan PDRM di Stadium Darulmakmur

Foto Ihsan Sri Pahang FC

KUANTAN: PDRM FC mendapat semangat baharu menjelang final Piala Cabaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2023, apabila mengalahkan Sri Pahang FC 3-2 pada aksi tunggal  Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Skuad bimbingan bekas pemain Pahang Datuk Yunus Alif, nyata tidak mudah cemas apabila ketinggalan seawal minit ke lapan menerusi penyerang berbisa tuan rumah, Kpah Sherman

Malah PDRM terus sabar menahan asakan Sri Pahang sepanjang babak pertama, sehinggalah berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Bruno Suzuki pada minit ke-35.

Jaringan penyamaan itu pantas menyemarakkan semangat Skuad Sang Saka Biru apabila menambah dua lagi gol pada minit ke-42 menerusi Dzulfahmi Abdul Hadi dan sekali lagi hasil sentuhan Suzuki pada minit-minit akhir sebelum rehat.

Babak kedua Sri Pahang menggandakan asakan memburu gol penyamaan, namun skuad bimbingan Fandi Ahmad itu hanya mampu merapatkan kedudukan 2-3 menerusi sepakan penalti   Stefano Brundo pada minit ke-67.

Selepas 23 perlawanan, Sri Pahang di tangga ke-4 mengumpul 44 mata, manakala PDRM di kedudukan ke-7 dengan 34 mata.

Loading...
Terkini