PETALING JAYA: Beregu campuran negara Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang membuka fasa suku akhir Terbuka Arctic di Finland sebentar tadi, mencipta kejutan apabila mengejutkan pilihan kedua dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai.
Tan Jie dan Ee Wei cuma memerlukan 42 minit menundukkan lawan yang juga berada di kedudukan ke-5 dunia, untuk merebut tiket ke separuh akhir.
Set pertama Tan Jie dan Ee Wei yang tampil selaku pilihan kelima kejohanan bermula garang menang 21-14.
Meskipun lawan cuba bangkit pada set kedua, pasangan negara tidak mudah cemas untuk memastikan tempat ke separuh akhir menamatkan set kedua 21-17.
Separuh akhir esok, Tan Jie dan Ee Wei berdepan satu lagi halangan sukar, beregu China yang juga pilihan ke-4, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin.
Zhen Bang dan Ya Xin pada suku akhir menewaskan beregu berpengalaman Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Boje yang menarik diri pada set penentuan.
Set pertama beregu China tewas19-21 sebelum menang set kedua 21-14.