comscore
Tumpuan :
Sukan

Kejuaraan Tenpin Boling Asia: Malaysia raih emas keempat

Hafiz Zainuddin, Syafiq Ridhwan Abdul Malek and Rafiq Ismail, trio negara yang beraksi cemerlang bangkit untuk mengatasi Korea Selatan. FOTO: Ihsan MTBC

KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan aksi cemerlang pada saingan lelaki Kejuaraan Tenping Boling Asia (ATBC) apabila meraih pingat emas ketiga menerusi acara trio yang dibarisi Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Hafiz Zainuddin di Bangkok hari ini.

Lebih menarik trio Malaysia bangkit daripada kedudukan ke-6, dibezakan 153 pin di belakang pasukan handalan Korea Selatan.

Malaysia terus konsisten untuk melakukan 3,961 jatuhan pin mengatasi 40 pasukan yang mengambil bahagian.

Korea Selatan yang diperkuatkan Dong Hyuk, Lee Ik Kyu dan Kang Myung Jin terpaksa akur di tempat kedua dengan 3,814 pin manakala Hong Kong meraih gangsa (3,797).

Bagaimanapun satu lagi trio negara, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Shaqeem Izwan Teh, and Izz Naqiuddin Putera Islahuddin mengakhiri cabaran di tangga kelapan dengan catatan 3,691 meskipun satu ketika selesa di kedudukan ketiga.

Malaysia sebelum ini sudah memenangi tiga emas menerusi Rafiq  dalam acara perseorangan lelaki, Tun Hakim Tun Hasnul Azam-Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh (beregu lelaki) dan Shin Li Jane-Natasha Mohd Roslan(beregu wanita).

“Sekarang kita telah meraih tiga emas menerusi acara lelaki, keyakinan makin tinggi, saya harap kami berjaya mengekalkan momentum ini dan memenangi acara berpasukan juga, inilah sasaran utama kami,” kata Rafiq.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini