comscore
Tumpuan :
Sukan

Kejuaraan Sze Wei-Nur Izzuddin buat China terkedu

FOTO: BAM

PETALING JAYA: Hasrat China menyapu bersih kelima-lima aksi final Badminton Terbuka China tidak kesampaian susulan kegagalan beregu lelaki  He Ji Ting-Ren Xiang Yu melengkapkan misi itu apabila tewas kepada pasangan negara Goh Sze Wei-Nur Izzuddin Rumsani.

Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, Sze Wei-Nur Izzuddin menampilkan kelas tersendiri menang 13-21, 21-12, 21-17 pada pertarungan yang berlarutan 58 minit.

China sebelum itu sudah menggenggam empat kejuaraan, bermula dengan beregu wanita yang dimenangi Li Yi Jing-Luo Xu Min selepas mengalahkan rakan senegara Li Wen Mei-Zhang Shu Xian 11-21,21-18,21-8.

Kemudian tuan rumah menjuarai pula acara beregu campuran hasil kemenangan gandingan nombor tiga dunia Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping ke atas beregu negara Goh Soon Huat-Shevon Lai 16-21,21-14,21-17.

Gelaran ketiga mereka diraih perseorangan wanita Wang Zhi Yi dengan kemenangan 21-17,21-15 ke atas pemain Jepun, Tomoka Miyazaki.

Menyusul kemudian, kejayaan perseorangan lelaki Weng Hong Yang yang menumpaskan juga lawan dari Jepun Kodai Naraoka 21-17,21-15 untuk gelaran keempat tuan rumah.

Namun segalanya tidak seperti yang dimahukan tuan rumah apabila muncul Sze Wei-Nur Izzuddin menjuarai beregu lelaki.

Selaku juara, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah wang tunai AS$148,000 (RM622,361) manakala Ji Ting-Xiang Yu meraih AS$70,000 (RM294,360).

Lebih daripada itu mereka mencatat sejarah  mengakhiri penantian 35 tahun beregu lelaki menjuarai Terbuka China selepas kali terakhir dilakukan gandingan adik-beradik Datuk Seri Jalani – Datuk Razif Sidek

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini