comscore
Tumpuan :
Sukan

Kejohanan Sukan SASSA UiTM pupuk budaya sukan kalangan warga

SHAH ALAM: Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam (SASSA) 2024 telah berlangsung selama lima hari mulai 9 Oktober 2024 – 13 Oktober 2024, melibatkan staf kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dalam pelbagai acara sukan. Acara ini bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam dan Alam Lanes, AEON Shah Alam.

Pertandingan sukan staf antara jabatan di UiTM Kampus Shah Alam ini bertujuan membudayakan kampus dengan mempelbagaikan aktiviti kecergasan dan kesihatan serta memeriahkan program “UniFit” tahun 2024.

Ketua Kontinjen Jabatan Canseleri, Mohd Yuzi Zali berkata, kami optimis untuk membawa pulang kejuaraan SASSA 2024 dengan kekuatan seramai 62 orang atlet bagi 12 acara sukan yang dipertandingkan dan akan cuba menyasarkan tiga terbaik di kalangan pasukan yang bertanding dalam arena sukan yang ditawarkan.

Beliau juga menyatakan bahawa mengakui cabaran yang dihadapi oleh kalangan staf pengurusan dan pentadbir akademik yang perlu mengimbangkan persiapan sukan dengan pekerjaan hakiki yang sedang berlangsung pada masa yang sama.

Pelaksanaan kejohanan sukan staf UiTM antara warga kampus telah meningkatkan produktiviti dan mengeratkan silaturrahim sempena Hari Sukan Negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini