comscore
Tumpuan :
Sukan

KEJOHANAN HOKI DEWAN PIALA ASIA: Malaysia Ke Perlawanan Akhir

BANGKOK: Skuad lelaki kebangsaan berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Dewan Piala Asia 2022 selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga kedua.

Ia berikutan keputusan seri 1-1 yang diraih pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Kazakhstan dengan kelebihan jaringan menyaksikan Malaysia bakal membuat perhitungan bagi penentuan kejuaraan berdepan Iran esok.

Perlawanan menentang Kazakhstan bagaimanapun berlangsung cukup sengit dan turut diselangi dengan beberapa insiden panas yang hampir mencetuskan pergaduhan.

Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 22 selepas Muhd Aslam Hanafiah menyempurnakan pukulan penalti.

Bagaimanapun, Kazakhstan kembali mengikat kedudukan selepas Daulet Urmanov menyempurnakan pukulan sudut penalti di penghujung suku ke tiga.

Keputusan seri 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan dengan skuad kendalian Muhammad Amin Rahim ceria mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selaku naib juara kumpulan.

“Alhamdulillah selepas 8 tahun tidak beraksi di perlawanan akhir Piala Asia, kita berjaya melepasi halangan ini, pujian diberikn pada semua pemain yang bertungkus lumus utk merealisasikan impian dan harapan pasukan juga peminat hoki malaysia, setiap perancangan yang kami atur sebelum perlawanan, dilunaskan dengan baik oleh semua pemain, kami akan terus fokus untuk perlawanan esok menentang Iran dan cuba mencipta sejarah baru hoki dewan di Malaysia dengan membawa pulang trofi kejuaraaan”, ujarnya selepas perlawanan tamat.

Ini pentas final kelima Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 2014 dengan lawan skuad kebangsaan, Iran pula belum pernah terlepas trofi kejuaraan sepanjang 8 edisi kejohanan sejak 2008.

Perlawanan akhir Malaysia dan Iran dijadualkan berlangsung jam 6 petang esok waktu Malaysia.

Loading...
Terkini