comscore
Tumpuan :
Sukan

Kedua-dua beregu campuran negara terkandas di separuh akhir Badminton Terbuka China

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei tewas di separuh akhir Terbuka China, sebentar tadi. – FOTO: NSTP

CHANGZHOU: Cubaan dua beregu campuran negara untuk mara ke perlawanan akhir Badminton Terbuka China tidak kesampaian.

Sebentar tadi, Chen Tang Jie / Toh Ee Wei gagal meneruskan langkahan apabila tewas di pusingan separuh akhir.

Cabaran mereka terhenti apabila tumpas dengan straight set kepada beregu Belanda, Thom Gicquel dan Delphine Delrue 16-21, 13-21 dalam aksi selama 38 minit.

Sebelum itu, satu lagi pasangan campuran negara, Tan Kian Meng / Lai Pei Jing juga terkandas di peringkat sama.

Satu lagi pasangan campuran negara, Tan Kian Meng / Lai Pei Jing turut terkandas di peringkat separuh akhir. – FOTO: NSTP

Mereka turut ditewaskan dengan straight set oleh pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae / Chae Yu Jung, 19-21, 11-21 dalam aksi selama 34 minit.

Kian Meng / Pei Jing pada mulanya meraih keyakinan awal walaupun tewas tipis 19-21 di permainan pembukaan.

Lawan yang merupakan ranking kelima dunia bagaimanapun terus mempamer permainan tangkas di set kedua, seterusnya mencatat kemenangan mudah 21-11.

Wakil negara hanya tinggal beregu lelaki, Aaron Chia / Soh Wooi Yik yang diharapkan membawa nama negara ke perlawanan akhir Terbuka China.

Mereka yang berkedudukan ranking keempat dunia akan berdepan bergu Korea Selatan, Kang Min Hyuk / Seo Seung Jae lewat hari ini.

Loading...
Terkini