Tumpuan :
Sukan

Kecederaan paksa Hon Jian-Haikal tarik diri sertai Terbuka Finland dan Denmark

Oleh: Syakirah Zulkifly

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri terpaksa menarik diri daripada beraksi di Terbuka Artic Finland yang akan membuka tirainya Selasa depan dan Terbuka Denmark pada 15 Oktober.

Keputusan itu dibuat selepas Hon Jian mengalami kecederaan pada bahagian pinggul ketika menjalani sesi latihan sejak dua minggu lalu.

Pasangan di ranking ke-19 dunia itu enggan terlalu memikirkan tentang kecederaan yang dialami sekalipun mereka hanya mempunyai baki lima kejohanan sebelum penghujung musim ini.

“Kami menyifatkan ia sebagai satu hikmah dan mahu memanfaatkan tempoh pemulihan ini untuk mengkaji semula selain memperbaiki kelemahan dalam corak permainan.

“Sekarang ini fokus kami terarah kepada kekuatan mental serta mempelbagaikan corak permainan kerana pihak lawan sering cepat mengenal pasti permainan kita dan secara automatik kami mula hilang tumpuan dan akan mengikut rentak permainan mereka” kata beregu ketiga negara itu ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Sementara itu, Hon Jian yang ketika ini beraksi dalam dua kategori termasuk beregu campuran bersama Go Pei Kee akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam sektor beregu lelaki bersama Haikal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini