Tumpuan :
Sukan

Keadaan tayar berikan hari sukar, mujur kami menang – Verstappen

FOTO: REUTERS

MONTREAL: Pasukan Oracle Red Bull Racing terus mengukuhkan cengkaman di perlumbaan Formula 1 musim ini menerusi kemenangan ke lapan berturut-turut menerusi kejayaan Max Verstappen di Grand Prix (GP) Kanada.

Ia merupakan podium juara keempat berturut-turut pelumba Belanda itu menjadikannya keenam pada tahun 2023, yang mengumpul sebanyak 41 gelaran dalam karier untuk menyamai pencapaian mendiang Ayrton Senna.

“Bukan hari yang paling mudah. ​​Biasanya, kami sangat kuat dalam pertukaran tayar dan di sini berlaku sebaliknya. Saya fikir hari ini kami mungkin mahu kereta yang agak sukar pada tayar untuk menghidupkannya. Bagaimanapun kami masih menang dan itu yang penting,” jelas Verstappen mengenai perjalanan perlumbaannya.

FOTO: REUTERS

Penamat di Litar Gilles Villeneuve itu menyaksikan Fernando Alonso dari Aston Martin Aramco Cognizant menghabiskan saingan di tempat kedua, manakala jaguh Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton berada di podium ketiga.

Vestappen dengan jentera Honda RBPT dilihat terlalu sukar dihalang dalam perlumbaan ke lapan musim ini apabila mendahului sejak mula, membolehkanya berada di tempat kelima dalam rekod kemenangan terbanyak bersama-sama Senna.

Hamilton yang memegang takhta gelaran menerusi 103 kemenangan bagaimanapun yakin pencabar berusia 25 tahun itu mampu mengatasi rekod-rekod mendatang.

Loading...
Terkini