comscore
Tumpuan :
Sukan

KBS yakin SNBJ bersedia untuk final Piala Malaysia

FOTO: Tunku Mahkota Johor/ Instagram

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan, KBS memberi jaminan, padang Stadium Nasional Bukit Jalil, SNBJ yang terjejas akibat penganjuran konsert Rabu lalu akan pulih sepenuhnya menjelang perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia 8 Disember ini.

Timbalan menterinya Adam Adli Abdul Halim menjelaskan, buat masa ini kerja baik pulih sedang giat dilakukan dan hanya tinggal beberapa bahagian yang terjejas dengan rumput kekuningan akibat penganjuran konsert artis barat, Coldplay itu.

“Isu sebenarnya setelah rumput tertutup hari itu (semasa konsert) , tetapi beberapa hari kebelakangan ini dengan cahaya yang cukup warna rumput pun dah kembali normal, cuma ada beberapa bahagian yang sedikit terjejas kita sudah buat tampalan dan akan pulih yang baiknya kawasan yang terjejas bukanlah di bahagian hot spot, ” kata Adam.

Kerosakan padang SNBJ gara-gara penganjuran konsert yang dihadiri lebih 70 ribu penonton itu mencetus kebimbangan peminat bola sepak tempatan dan ada yang mempersoalkan tahap kesediaan padang tersebut menjelang aksi kemuncak Piala Malaysia,

Malah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menaja penggantian rumput baharu di stadium terbabit, turut berkongsi gambar keadaan padang SNBJ yang nampak terjejas selepas berakhirnya konsert berkenaan.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 8 Disember ini, SNBJ akan menjadi gelanggang pertemuan Johor Darul Ta’zim menentang Terengganu FC.

Loading...
Terkini