Tumpuan :
Sukan

KBS yakin keupayaan FAM atasi isu gaji tertunggak

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim pada sesi libat urus pelan transisi kepimpinan belia di Kota Bharu, hari ini. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Meskipun bimbang dengan isu tunggakan gaji pemain yang melanda beberapa pasukan dalam Liga Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetap yakin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mampu menyelesaikannya dengan baik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, pada masa sama kementeriannya akan tetap memberikan sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak tempatan.

“Dari semasa ke semasa memang kita buat perbincangan dengan FAM. Kita sentiasa berkomunikasi dan mengambil tahu sedikit sebanyak berkenaan permasalahan yang berlaku dalam arena bola sepak negara.

“Kita juga bimbang tapi serahkan kepada FAM untuk selesaikan dan dalam masa yang sama kerajaan akan tetap memberikan sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak tempatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemelut tunggakan gaji dihadapi beberapa pasukan beraksi dalam saingan Liga M musim 2024-25.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini