Tumpuan :
Sukan

KBS tambah lokasi skrin besar tonton aksi Thailand-Malaysia

Antara 25 lokasi yang terpilih untuk tayangan skrin besar aksi separuh akhir kedua Piala AFF antara Thailand menentang Malaysia malam esok.

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menambah 11 lagi lokasi skrin besar bagi tayangan pertembungan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 membabitkan Thailand dan Malaysia, malam esok.

Penambahan tersebut menjadikan sebanyak 25 lokasi di seluruh negara dipilih bagi menayangkan aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Thammasat, Pathum Thani, berbanding 14 lokasi pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi berkenaan termasuklah Dataran Merdeka di sini; Pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis; Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan; Parking Premium UTC Kuala Terengganu, Terengganu dan Dewan Arena Bukit Kuda, Labuan.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam satu ciapan di laman Twitter, hari ini.

“Berita baik! Lokasi Big Screen @KBSMalaysia telah diperluaskan ke 25 lokasi untuk perlawanan Thailand vs Malaysia esok. Labuan pun ada. Tolong RT (retweet) dan enjoy!,” katanya.

Harimau Malaya menang tipis 1-0 ke atas ‘Gajah Perang’ pada aksi separuh akhir pertama menerusi jaringan pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim, pada minit ke-11.

Berikut merupakan senarai 25 lokasi skrin besar:

1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

2. Pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

3. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis

4. Dataran Starwalk, Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar, Kedah

5. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang

6. Dataran KTM, Ipoh, Perak

7. Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor

8. Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Selangor

9. Dataran MPKJ @ Stadium Kajang, Kajang, Selangor

10. Dataran Sungai Tua, Batu Caves, Selangor

11. Pekarangan Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor

12. Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor

13. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

14. Dataran Kaizen Hotel & Suites, Taman Pula Melaka, Melaka

15. Dataran Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

16. Taman Kerang, Kuantan, Pahang

17. Pasar Dinda, Kuantan, Pahang

18. Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang

19. Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan

20. Parking Premium UTC Kuala Terengganu, Terengganu

21. Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor

22. Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak

23. Container City, Wireless Walk, Miri, Sarawak

24. Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah

25. Dewan Arena Bukit Kuda, Labuan

Loading...
Terkini