Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] KBS – Gangguan seksual – Kod sukan selamat diaktifkan, lindungi atlet berbasikal kebangsaan

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

BUKIT JELUTONG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengaktifkan kod sukan selamat berikutan insiden gangguan seksual yang dialami atlet lumba basikal kebangsaan.

Menurut menteri, Hannah Yeoh, tindakan tepat telah dilakukan atlet berkenaan yang bertindak membuat laporan polis Khamis lalu.

Bukan sekali dua, insiden itu dilaporkan kerap berlaku kepada atlet berkenaan sejak kebelakangan ini sebelum dia bertindak membuat laporan polis.

Dan kini, kod selamat sukan diaktifkan serta merta bagi melindungi atlet berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Saya telah mrmbaca laporan polis yang telah dilakukan, dibuat oleh atlet berbasikal kita, dan saya telah menghubungi Majlis Sukan Negara (MSN) serta merta dan kita telah mengaktifkan ‘safe guarding officer’ kita, pegawai pelindung kita dalam MSN terutamanya sekarang selepas pelancaran kod sukan selamat.

“Saya nak kes ini dijalankan sebagai satu contoh di mana adanya kod sukan selamat, apakah SOP untuk kita mengendalikan aduan seperti ini dan saya percaya selepas saya mendapat laporan dan nasihat daripada pegawai pelindung kita di MSN, Melissa Akhir, kita akan maklumkan dengan cepat kepada media”,  katanya selepas majlis pelancaran kempen pengumpulan dana Footgolf Piala Dunia 2023.

“Untuk persiapan atlet lain yang sedang berjalan, MSN akan memastikan seorang pegawai wanita dilantik untuk membantu pasukan supaya persiapan mereka, latihan mereka tidak terganggu.

“Yang paling penting adalah akan ada dua siasatan berjalan serentak, satu adalah daripada pihak polis kerana ini melibatkan jenayah juga, dan untuk dalaman, MSN, tindakan yang akan diambil terhadap jurulatih ini dan untuk pastikan atlet kita boleh terus berlatih dengan selamat.

“Ini adalah amaran kepada semua luar sana tidak kira jurulatih ataupun atlet, ataupun sesiapa sahaja, kalau kita dimaklumkan, kita akan ambil tindakan yang tegas, saya tidak kira yang pesalah itu adalah atlet nombor satu negara atau tidak, kalau ada kes seperti ini, di mana anda telah mewujudkan satu persekitaran yang tidak selamat, tindakan tegas akan diambil oleh KBS.

“Saya telah mendapat perkembangan terbaharu,jurulatih telah diberhentikandaripada melatih mereka, digantung sementara siasatan dilaksanakan, dia serentak, laporan yang saya terima dia telah letak jawatan, dan daripada kita juga penggantungan telah berlaku serentak, bermaksud latihan dihentikan”, katanya.

Loading...
Terkini