KUALA LUMPUR: Bekas pemain perseorangan negara, Yeoh Kay Bin diberi tanggungjawab sebagai ketua jurulatih baharu bagi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia.
Pengumuman itu dibuat oleh Team LZJ menerusi satu muat naik di Instagram, hari ini.
“Selamat datang ketua jurulatih baharu Team LZJ, Yeoh Kay Bin. Kay Bin, bekas pemain antarabangsa Malaysia, mempunyai pengalaman kejurulatihan yang luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Beliau menyertai pasukan untuk meneruskan perjuangan Lee Zii Jia ke fasa seterusnya dalam kariernya,” ujar kenyataan itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.