comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimipik Paris: Kalungan pingat Olimpik janjikan kemewahan buat atlet

Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menerima sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro atas kejayaan meraih pingat gangsa di Sukam Olimpik Paris 2024. – FOTO: MSN

PARIS: Setiap kali Sukan Olimpik berlangsung, kejayaan yang dikecapi atlet akan menyusul pula satu persoalan, apakah nilai pencapaian itu oleh negara mereka?

Umum sudah mengetahui Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak memberikan hadiah wang kepada pemenang di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagi atlet mungkin kalungan pingat sudah memadai untuk mengiktiraf kejayaan mereka, namun yang menanti di tanah air pasti lebih lumayan.

Kebanyakannya berbentuk ganjaran wang, namun wang bukanlah segalanya.

Ada ‘habuan’ yang mungkin lebih bermakna buat atlet iaitu pengecualian daripada khidmat tentera, kereta, kerbau. pangsapuri dan penghantaran makanan percuma.

Di Korea Selatan, pingat Olimpik tidak kira apa warna sekalipun, membolehkan atlet dikecualikan daripada khidmat tentera wajib selama 18 bulan, yang perlu dijalani setiap lelaki negara itu sebelum berusia 28 tahun.

Pemain Korea Selatan, An Se-young memenangi pingat emas acara perseorangan wanita Sukan Olimpik 2024. FOTO: Reuters

Pingat emas di Sukan Asia turut meraih kelebihan itu apabila bintang bola sepak, Son Heung Min melakukannya di Jakarta pada 2018 membolehkan dia dikecualikan daripada terbabit dalam latihan ketenteraan yang meletihkan.

Manakala enam pemanah negara itu di Olimpik Tokyo 2020, yang merangkul empat daripada lima emas, semuanya diberikan kereta oleh Hyundai, yang menaja pasukan itu.

Kerajaan Poland menjanjikan 250,000 Zloty (RM285,000) kepada pemenang pingat emas acara individu juga pangsapuri dua bilik, berlian, lukisan dan baucar percutian

Pemenang pingat perak dan gangsa turut menerima hadiah wang dan hadiah sampingan.

Rumah baharu daripada pemaju perumahan sehinggalah restoran bakso daripada seorang pempengaruh media sosial.

Itulah yang dinikmati beregu wanita Indonesia Apriyani Rahayu dan Greysia Polii, yang menang pingat emas beregu wanita pada Tokyo 2020.

beregu wanita Indonesia Apriyani Rahayu dan Greysia Polii, yang menang pingat emas beregu wanita pada Tokyo 2020. FOTO: Reuters

Apriyani turut dijanjikan lima ekor kerbau, sebidang tanah dan sebuah rumah daripada ketua wilayah kampung halamannya di tenggara Sulawesi, menurut agensi berita nasional Antara.

Satu lagi laporan menyebut perusahaan PT Pegadaian menjanjikan kedua-duanya 3 kilogram (kg) emas.

Manakala Menteri Pelancongan, Sandiaga Uno menawarkan percutian percuma di lima destinasi utama pelancongan negara republik itu.

Apabila atlet Jordan Ahmad Abu Ghaush memenangi pingat emas pertama negara itu – kategori 68kg taekwondo lelaki di Rio 2016, jawatankuasa Olimpik kebangsaan negara itu memberikannya 100,000 dinar Jordan (RM635,000) dan jurulatihnya separuh daripada jumlah itu.

Abu Ghaush turut menerima banyak ganjaran dan hadiah daripada syarikat tempatan termasuk sebuah kereta dan seutas jam mewah, manakala Raja Abdullah II menganugerahkannya pingat First Class Order of Distinction.

Di Filipina lain pula ceritanya, atlet angkat berat, Hidilyn Diaz menerima ganjaran berbentuk kenaikan pangkat kepada Staff Sergeant dalam Angkatan Tentera Filipina juga dua hartanah susulan memenangi pingat emas pertama Filipina pada Tokyo 2020.

Abraham Tolentino, presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina, memberitahu beliau sebelum ini memberikan rumah dan tanah kepada pemenang pingat menggunakan wangnya sendiri.

Atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz memenangi pingat emas pertama Filipina pada Tokyo 2020. FOTO: Reuters

Di Paris 2024, Filipina sudah memenangi dua pingat emas menerusi atlet gimnastik, Carlos Yulo.

Menurut pegawai, pemain bola sepak Iraq masing-masing menerima lebih daripada 9 juta dinar Iraq (RM30.9 juta) dan sebidang tanah kerana melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Atlet angkat berat, Ali Ammar Yasser pula menerima sebuah kereta dan sebidang tanah selepas layak ke temasya itu dan dijanjikan berjuta dolar jika dia membawa pulang sebarang pingat.

Di Malaysia, ganjaran tunai RM1 juta menanti atlet yang membawa pulang pingat emas olimpik pertama.

Selain itu, pesanan makanan percuma dijanjikan oleh syarikat penghantaran dan pengangkutan Grab selama setahun.

Mereka turut akan menerima kenderaan utiliti sukan (SUV) Chery selain pangsapuri mewah dijanjikan pemaju perumahan Top Residency.

Apabila atlet  merejam lembing India, Neeraj Chopra menang emas di Tokyo 2020, dia dijanjikan penerbangan percuma tanpa had selama setahun oleh syarikat penerbangan IndiGo dan kereta SUV tujuh kerusi baharu oleh seorang ahli perniagaan.

Perenang Singapura Joseph Schooling pula ditawarkan Grab pengangkutan percuma kepadanya dan keluarga selama setahun selepas melakar sejarah pada temasya Rio 2016 dengan mengalahkan perenang hebat, Michael Phelps untuk memenangi emas acara 100m kuak kupu-kupu.

Perenang Singapura Joseph Schooling memenangi emas acara 100m kuak kupu-kupu pada temasya Rio 2016. FOTO: Reuters

Singapore Airlines pula menyumbang perjalanan percuma sejauh satu juta batu, manakala kerajaan memberikan S$1 juta (RM3.38 juta) bagi pemenang pingat emas.

Kerajaan Hong Kong memberikan atlet lawan pedang yang memenangi emas di Paris, Vivian Kong dan Cheung Ka-long tiket percuma sistem kereta api bawah tanah MTR bandar raya itu sepanjang hayat.

Hong Kong Jockey Club turut memberikan pemenang emas individu HK$6 juta (RM3.46 juta).

Rangkaian Gimnasium Pure pula menawarkan keahlian seumur hidup kepada semua 35 atlet Hong Kong yang bertanding di Paris.

Manakala syarikat penerbangan Cathay Pacific berkata ia akan memberi semua pemenang pingat perjalanan kelas perniagaan percuma selama setahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini