comscore
Tumpuan :
Sukan

Kalau sudah terima duit tukar rumput, jangan kekal ‘cowgrass’ – Hannah

Oleh: Hazreen Mubarak

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak teragak-agak untuk menarik balik geran khas jika terdapat salah guna dana berkenaan yang sepatutnya digunakan untuk menaik taraf rumput dan saliran padang.

Menurut Menterinya Hannah Yeoh, pihaknya bakal melaksanakan sistem pengauditan yang lebih tersusun bagi mengelak dana geran khas berkenaan disalahguna oleh perkara yang diluar skop pemberian geran berkenaan.

Sejak saluran peruntukan geran diberikan antara Mac hingga Julai lalu, terdapat beberapa buah negeri mahu menggunakan dana berkenaan untuk projek naik taraf yang bukan membabitkan saliran dan rumput padang.

“Kalau sudah terima duit untuk tukar rumput, jangan kekal ‘cowgrass’. Ada yang kita dengar tak nak tukar sedangkan sudah terima duit. Ada juga menulis surat kepada kita untuk guna duit itu bagi naik taraf tandas.

“Jadi perkata ini memang kita tak benarkan, dalam minggu depan kita akan hubungi mereka. Kalau mereka tak berupaya laksanakan geran ini, kita akan tarik balik dan meminta geran ini supaya dipulangkan kepada Kerajaan Persekutuan.” katanya.

Sebanyak RM4.6 juta daripada RM7 juta yang diperuntukkan KBS sudah dimanfaatkan 10 negeri melalui geran khas pelaksanaan projek naik taraf padang bola sepak di stadium utama negeri masing-masing.

Setiap geran yang ditawarkan mempunyai nilai keseluruhan RM500,000 yang dibahagikan RM300,000 untuk saliran dan RM200,000 bagi rumput.

Lapan negeri mengambil geran penuh manakala dua negeri memohon separuh dana, sementara baki empat lagi tidak memohon.

Lapan negeri yang menerima geran penuh ialah Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu; sementara Kedah dan Perlis hanya memohon geran naik taraf saliran.

Empat negeri yang tidak memohon geran berkenaan ialah Johor, Sabah, Pulau Pinang manakala Sarawak minta penundaan selepas penganjuran temasya SUKMA dan PARA SUKMA 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini