comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Jurulatih optimis Hoe Yean, Tan Rouxin mampu cipta kejutan di Paris

Hoe Yean dan Rouxin (kiri) bersama Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Olimpik 2024, Datuk Mohd Hamidin Mohd Amin selepas latihan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Jurulatih renang kebangsaan Eric Anderson percaya dua wakil negara Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin berupaya melakukan ‘kejutan’ dalam penampilan sulung mereka di Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Cuma harapan jurulatih kelahiran Denmark itu, kedua-dua perenang mengelakkan memberi tekanan kepada diri sendiri sebaliknya fokus untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman berharga untuk masa depan.

“Matlamat kami pergi ke sana adalah untuk bersaing dalam persekitaran berprestasi tinggi dan meraih pengalaman ketika itu.

“Kalau kita boleh mencapai lebih daripada itu, ia adalah hebat.

“Anda tahu dalam renang jika anda mendapat lorong yang baik, anda masih mempunyai peluang,” katanya.

Sebelum ini, Persekutuan Renang Malaysia menamakan Rou Xin dan Hoe Yean untuk mengisi slot wild card di Sukan Olimpik Paris 2024.

Rou Xin, yang memenangi enam pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 akan beraksi dalam acara 100 meter (m) kuak dada wanita, manakala Hoe Yean menyertai acara 400m gaya bebas lelaki.

Anderson turut mengesahkan kedua-dua perenang akan menjalani latihan fasa terakhir di Belfast, Ireland sebelum ke Paris.

“Ini adalah peluang yang mengujakan untuk benar-benar merasai pengalaman bersaing dengan atlet terbaik dalam persekitaran berprestasi tinggi.

“Ini adalah pengalaman penting bagi mereka ketika kita menuju ke Sukan Olimpik dan Sukan SEA,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini