Tumpuan :
Sukan

Jurulatih baharu Harimau Malaya diumum hari ini

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.- Foto fail 

KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan jurulatih baharu skuad kebangsaan, Harimau Malaya akan diumumkan hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram baginda semalam, Tunku Ismail berkata pengumuman itu melibatkan jurulatih Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun).

“Esok (Isnin) akan diumum berkenaan ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Jurulatih skuad B-23, pasukan perubatan dan teknologi yang akan digunakan memberi impak kepada skuad kebangsaan,” ujarnya.

Pada masa sama, turut akan diumumkan hari ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Teknikal skuad kebangsaan.

“Selepas (pengumuman) jurulatih selesai, akan diumum CEO dan Technical Director dalam masa terdekat.

“Ada meeting dengan wakil FIFA untuk dapatkan data Malaysian mix heritage players di luar negara,” tulis Tunku Ismail dalam hantaran itu.

Ketika ini, beberapa nama dikaitkan untuk mengisi ‘kerusi panas’ selaku jurulatih skuad Harimau Malaya antaranya pengendali kelab Yokohama F Marinos, John Hutchinson,bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Esteban Solari, Arthur Papas dan Peter Cklamovski.

Bekas pengendali Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain pula dikhabarkan akan menggalas tugas selaku ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini