comscore
Tumpuan :
Sukan

June Wei masih berbisa

FOTO: Lin Dan Cup/ Facebook

PETALING JAYA: Pemain profesional badminton negara, Cheam June Wei membuktikan masih memiliki aura tersendiri apabila menjuarai Piala Lin Dan 2024 di Shenzen, China semalam.

June Wei yang berada di ranking ke-60 dunia mudah mengalahkan pemain tuan rumah  Ren Chengming 21-10, 21-14 untuk membawa wang kejuaraan 200,000 Yuan (RM131,000).

Piala Lin Dan pertandingan yang dilhamkan sendiri Lin Dan memasukki penganjuran kali kelima, turut menyaksikan peningkatan wang kemenangan.

Habuannya setaraf Kejohanan Super 500 anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Antara pemain yang turut mengambil bahagian pada saingan kali ini, bekas pemain nombor satu dunia dari Korea Selatan, Son Wan Ho.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini