comscore
Tumpuan :
Sukan

Jun Hao tersekat di pusingan pertama, Pearly/ Thinaah mara

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

SHENZHEN: Pemain perseorangan lelaki kebangsaan Leon Jun Hao terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal dalam kempen Masters China apabila tewas kepada Takuma Obayashi.

Hadir membawa status Naib Juara Masters Jepun minggu lalu, pemain berusia 25 tahun itu gagal mengulangi persembahan meyakinkan di Shenzhen Gymnasium petang tadi.

Sebaliknya lawan dari Jepun itu tampak lebih agresif dan bertenaga membolehkannya mencatat 21-12, 21-11 dalam tempoh 38 minit untuk melangkah ke pusingan kedua.

Turut tersangkut di aksi pembukaan ialah beregu lelaki bebas, Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi.

Kedua-duanya membuat permulaan baik dengan memerangkap Kim Astrup/ Anders Skaarup Rasmussen 24-22 di set pertama.

Namun wakil Denmark itu yang turun selaku pilihan kedua mengubah nasib mereka menerusi catatan 21-18, 21-15 sekaligus merampas tempat di pusingan berikutnya selepas bertarung selama sejam 10 minit.

Beregu wanita kebangsaan, Pearly Tan/ M. Thinaah meneruskan kemaraan dengan mencatat 21-16, 21-14 ke atas pemain China Ding Ke Yun/ Wang Yi Duo.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini