Tumpuan :
Sukan

Juara Masters KL mara ke pusingan kedua

Foto Facebook BAM

PETALING JAYA: Masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur baru lalu, Leong Jun Hao meneruskan cabaran perseorangan Malaysia apabila meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Master Korea di Gwangju malam ini.

Pada saingan pusingan pertama, Jun Hao bagaimanapun terpaksa bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum mengalahkan pemain Singapura Jason Teh.

Set pertama Jun Hao tewas 13-21 namun tampil cemerlang apabila mudah menguasai set kedua menerusi kemenangan 21-9.

Set penentuan nyata mendebarkan dan selepas berlarutan 1 jam 7 minit, Jun Hao mengesahkan tiket ke pusingan kedua dengan keputusan 23-21.

Menanti Jun Hao pada cabaran berikutnya pemain dari Finland, Kalle Koljonen yang menewaskan lawan dari Korea Son Wan Ho pada pusingan pertama.

Terdahulu seorang lagi perseorangan negara Soong Joo Ven turut mara ke pusingan kedua.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini