Tumpuan :
Sukan

Juara 13 kali liga Greece jadi pilihan bekas bintang Manchester United

Anthony Martial. – FOTO: AEK FC/ Facebook 

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

ATHENS: Anthony Martial yang meninggalkan Manchester United pada Jun lalu selepas sembilan tahun bersama The Red Devils menandatangani kontrak untuk AEK Athens sebagai ejen bebas.

Penyerang berusia 28 tahun itu telah menandatangani kontrak sehingga 2027 dan akan menyarung jersi nombor 26 bersama juara Greece 13 kali itu.

Butiran kewangan mengenai perpindahan itu tidak didedahkan, namun media Britain melaporkan bahawa bekas tonggak Perancis berkenaan akan memperoleh 2.5 juta pound setiap musim, menjadikannya antara pemain yang berpendapatan tertinggi dalam skuad AEK Athens.

Anthony Martial. – FOTO: AEK FC/ Facebook 

Untuk rekod, Martial telah menjaringkan 90 gol dalam 317 perlawanan dalam semua kejuaraan bersama United, serta membantu Red Devils memenangi Liga Europa, Piala FA dan dua Piala Liga.

Penampilan terakhirnya untuk kelab itu adalah pada Disember selepas diketepikan akibat kerap mengalami kecederaan selama ini.

Anthony Martial. – FOTO: AEK FC/ Facebook 

AEK, yang turut menandatangani bekas pemain tengah Tottenham Hotspur dan Sevilla, Erik Lamela, kini berada di puncak Liga Super Greece dengan 10 mata daripada empat perlawanan.

Selain Lamela, dia akan bergabung dengan bekas pemain Watford Roberto Pereyra dan Nordin Amrabat, serta bekas penjaga gol Brentford, Thomas Strakosha.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini