PETALING JAYA: Perseorangan negara Soong Joo Ven dipaksa keras sebelum meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Korea di Gwangju petang tadi.
Pada pusingan pertama, Joo Ven menewaskan pemain kurang ternama dari Kazakhstan Dimitry Panarin, pada permainan yang berlarutan satu jam dan empat belas minit.
Menang 21-18 pada set pertama, Joo Ven dikejutkan dengan kebangkitan Panarin pemain ke-72 dunia, yang menamatkan set kedua 24-22.
Set penentuan Joo Ven kembali memperkemaskan permainan untuk menang 21-16 dan akan bertemu pemain Korea, Jeon Hyeok Jin pada pusingan kedua esok.
Joo Ven seharusnya lebih waspada dengan kemampuan Hyeok Jin yang mengejutkan pilihan ke-8 dari Taiwan, Su Li Yang pada pusingan pertama petang tadi.
Tanpa kehadiran Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong, Joo Ven menjadi harapan Malaysia selain juara Masters Kuala Lumpur baru lalu, Leong Jun Hao.
Jun Hao ketika ini berdepan pemain Singapura, Jia Heng Jason pada pusingan pertama.