Tumpuan :
Sukan

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei buka langkah kanan

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – Foto fail

KUALA LUMPUR: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan status mereka selaku beregu campuran nombor satu negara selepas mengetepikan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi sulung Kumpulan B Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, sebentar tadi.

Pasangan nombor lapan dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan dalam pertarungan tiga set 14-21, 21-10, 21-14 dalam tempoh 50 minit pada aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou.

Kemenangan itu meletakkan Tang Jie-Ee Wei di landasan terbaik dalam misi memburu tiket ke separuh akhir.

“Pada set pertama kami bermain dengan taktikal yang salah tetapi set kedua dan ketiga kami dapat momentum yang lebih baik di gelanggang dan kekal fokus.

“Ini adalah kemenangan yang positif untuk saya dan Tang Jie bagi mengharungi perlawanan seterusnya,” kata Ee Wei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Mereka dijadual menentang gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja manakala Soon Huat-Shevon akan bertemu Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun bagi aksi kedua kumpulan, esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini