Tumpuan :
Sukan

Jelajah Dunia Akhir BWF 2024: Zii Jia lepasi aksi pertama

 Lee Zii Jia -FOTO FAIL NSTP

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia jelas berada dalam landasan tepat untuk meraih gelaran pertama apabila berjaya menundukkan pemain Taiwan Chou Tien Chen dalam aksi pertama Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 sebentar tadi.

Zii Jia tidak berhadapan masalah untuk meraih kemenangan menerusi set 21-13, 21-15 dalam aksi sulung Kumpulan A itu.

“Secara jujurnya, saya masih rasa kecewa kerana tidak dapat layak dalam dua edisi terakhir. Tapi sekarang, saya berada di sini dan cuba capai sesuatu yang bermakna.

“Semua lapan pemain terbaik tahun ini ada di sini dan mereka semua mahu mencapai sesuatu. Ia bukan tugas mudah tetapi saya hanya perlu fokus kepada permainan saya,” kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Mengulas mengenai kemenangan ke atas Tien Chen, Zii Jia, berkata dia melakukan persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan berkenaan.

Bekas juara Seluruh England itu akan bertemu pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen untuk aksi kedua kumpulan, esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini