comscore
Tumpuan :
Sukan

JDT terlalu unggul buat Selangor FC

BUKIT JALIL: Hatrik bekas pemain remaja kebangsaan Sepanyol Juan Muniz memacu kejayaan Johor Darul Ta”zim (JDT) menjulang trofi Piala FA dengan menewaskan Selangor FC di perlawanan akhir.

Pemain sayap berusia 32 tahun itu meledak penyudah minit (m) ke-26′, 67′ dan 89′ memastikan pasukannya dinobatkan sebagai juara edisi ke-34.

Arif Aiman Mohd Hanapi, Bergson Da Silva dan Heberty Fernandes pula masing-masing menyumbang satu gol yang dilakukan pada m-42′, 62′ dan 76′.

Red Giants memperoleh gol saguhati daripada Alvin Fortes m-59.

Kejayaan skuad bimbingan Hector Bidoglio itu membolehkan Harimau Selatan mempertahankan gelaran juara tiga tahun berturut-turut sekaligus melakar hatrik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini