Tumpuan :
Sukan

JDT hampiri misi pertahan Piala Malaysia

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim, JDT  mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan FC  4-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Berbekalkan kemenangan 3-0 di arena lawan tuan rumah mendahului 3-1 pada babak pertama.

JDT membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 menerusi  Bergson da Silva dan penggempur dari Brazil itu menambah gol kedua peribadinya  lima minit kemudian.

Minit ke-20,  tuan rumah menambah jaringan hasil percubaan Juan Muniz sebelum cuba disaingi Negeri Sembilan yang merapatkan kedudukan menerusi Zamri Pin Ramli pada minit ke-39.

Separuh masa kedua JDT meneruskan penguasaan, bagaimana hanya berupaya menghasilkan satu gol menerusi Fernando Forestieri pada masa kecederaan untuk agregat 7-1.

Pada separuh akhir, JDT akan menanti pemenang satu lagi  aksi suku akhir pertemuan Perak FC  menentang Sabah FC di Ipoh, Isnin ini.

Suku akhir pertama di Stadium Likas Sabah dan Perak terikat 2-2.

Loading...
Terkini