comscore
Tumpuan :
Sukan

Jazeman Jaafar dan Selim Rafique sedia bawa cabaran di Inje Speedium

Jazeman Jaafar dan Selim Rafique Pelumba Pasukan Arrow Racing

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

KOREA SELATAN: Dua pelumba negara Jazeman Jaafar dan Selim Rafique,kini bersiap sedia untuk kembali ke saingan Lamborghini Super Trofeo Asia bersama Pasukan Arrow Racing untuk pusingan ke-5 dan ke-6 di Inje Speedium.
Meraih tempat kedua dalam perlumbaan 2 di Bend Speedway Adelaide, Jazeman dan Selim membawa misi untuk memanfaatkan momentum mereka dalam siri perlumbaan yang sangat kompetitif itu.

Menurut Jazeman ia bakal memberikan pengalaman baharu buat mereka nanti bersaing dengan pasukan handalan yang lain.

“Saya sangat bersemangat dan rasa sangat bersedia untuk cabaran yang akan datang di Korea. Ini akan menjadi kali pertama saya berlumba di Inje Speedium, Korea dan saya akan memaksimumkan dua sesi latihan rasmi untuk mencapai kelajuan yang diperlukan. Memaksimumkan hasil akan menjadi matlamat utama kami.”

Saingan yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 Julai ini, menjanjikan aksi yang mendebarkan malah peluang semasa sesi latihan rasmi akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri dengan keperluan litar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini