Tumpuan :
Sukan

Jaringan Willock selamatkan Newcastle

Joe Willock menjaringkan dua gol ketika Newcastle United bangkit menewaskan kelab divisyen tiga, Birmingham City 3-2 pada pusingan keempat Piala FA di St Andrew’s.

BIRMINGHAM: Joe Willock menjaringkan dua gol ketika Newcastle United bangkit daripada ketinggalan satu gol hanya selepas 40 saat untuk menewaskan kelab divisyen tiga, Birmingham City 3-2 pada pusingan keempat Piala FA di St Andrew’s.

Willock menyamakan kedudukan, namun jaringan minit ke-21 itu mencetus kontroversi apabila penjaga gol, Bailey Peacock-Farrell menampan keluar bola berkenaan tetapi disahkan pengadil sudah melintasi garisan gol. Dengan tiada VAR di peringkat ini, gol berkenaan kekal.

Callum Wilson menambah jaringan lima minit kemudian untuk Newcastle mendahului 2-1, tetapi Birmingham menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi percubaan jarak jauh Tomoki Iwata yang menewaskan penjaga gol, Nick Pope.

Pemain terbaik perlawanan, Willock meledak gol kemenangan pada minit ke-82 untuk memastikan kemaraan Newcastle ke pusingan kelima. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini