DOHA: Selepas 20 tahun, Iran menampilkan kelas tersendiri mara ke separuh akhir Piala Asia menewaskan pasukan nombor satu Asia, Jepun 2-1 di Stadium Education City malam ini.
Babak pertama menyaksikan penguasaan Jepun naib juara di Emeriah Arab Bersatu empat tahun lalu menerusi jaringan Hidemasa Morita pada minit ke-28.
Selepas rehat permainan tampak seimbang dengan Iran juara tiga kali mula bangkit mengatur gerak memburu gol penyamaan.
Hasilnya sepuluh minit selepas rehat Iran menyamakan kedudukan menerusi Mohammad Mohebi.
Perlawanan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Namun Jepun selaku juara terbanyak kejohanan iaitu empat kali pada 1992, 2000, 2006 dan 2011 terpaksa mengalah pada minit-minit akhir permainan apabila Iran dihadiahkan sepakan penalti.
Ko Itakura gagal mengeluarkan bola dengan kemas pada minit ke-94 dan dia kemudian menjatuhkan Hossein Kanani di dalam kotak penalti.
Alireza Jahanbakhsh mudah menyempurnakan sepakan menewaskan penjaga gol Jepun ZIon Suzuki untuk kemenangan 2-1 Iran.
Pada separuh akhir Isnin ini, Iran akan berdepan pemenang di antara Qatar dan Uzbekistan pada satu lagi aksi suku akhir jam 11.30 malam nanti.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.