![](https://media.buletintv3.my/2025/02/SUKAN-1.jpg)
MILAN: Pemain gantian, Marko Arnautovic muncul wira apabila jaringannya pada babak kedua membantu Inter Milan menewaskan Fiorentina 2-1 sekali gus meletakkan pasukannya hanya satu mata di belakang pendahulu Serie A, Napoli.
Inter melayan kunjungan Fiorentina hanya selepas empat hari pertembungan Serie A antara mereka.
Khamis lalu, Fiorentina menewaskan Inter 3-0 pada aksi sambungan 1 Disember lepas yang terhenti pada minit ke-17 selepas pemain tengah Fiorentina, Edoardo Bove tumbang di atas padang akibat serangan jantung.
Inter terlebih dahulu di depan hasil jaringan sendiri pemain Fiorentina, Marin Pongracic pada minit ke-28.
Bagaimanapun Fiorentina menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat, dengan Rolando Mandragora menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Matteo Darmian.
Arnautovic memastikan kemenangan Inter selepas menyempurnakan hantaran lintang Augusto, tujuh minit selepas babak kedua bersambung. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.