Tumpuan :
Sukan

Inspirasi Hari Malaysia dengan kemenangan di Paralimpik

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

KOTA KINABALU: Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, hari ini, atlet para kebangsaan Eddy Bernard telah berkongsi kejayaannya yang bermakna pada Paralimpik Paris 2024.

Dalam penampilan pertamanya di pentas tertinggi sukan dunia itu, Eddy yang berusia 23 tahun, telah meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki kategori T44 dengan catatan masa 11.58 saat.

“Mungkin empat tahun lagi saya akan membuat latihan dengan lebih baik untuk saya capai target yang lebih tinggi la.”

Kelahiran Beluran, Sabah ini bukan sahaja membawa pulang pingat, tetapi juga mencipta sejarah dengan memecahkan rekod Asia yang sebelum ini dipegang oleh atlet Sri Lanka, Indika Gamage, yang mencatatkan masa 11.75 saat pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.

Eddy menyatakan bahawa kunci kejayaannya terletak pada pemikiran positif, disiplin, dan konsistensi.

Nilai-nilai ini sentiasa tersemat dalam dirinya, mendorongnya untuk terus menjulang nama Malaysia di persada dunia.

Kemenangan ini bukan sahaja membanggakan dirinya, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini