comscore
Tumpuan :
Sukan

Insiden penyertaan “The Pocket Rocketman” kontinjen Malaysia kemuka rayuan namun tidak terima

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

PARIS: Menurut Ketua Kontinjen Malaysia ke Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin kem Malaysia menerima keputusan ini dengan berat hati.

“Sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik XXXIII Paris 2024, saya memaklumkan bahawa pihak kami telah mengemukakan rayuan terhadap insiden membabitkan pembatalan penyertaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada perlumbaan Keirin Lelaki sebentar tadi.”

Bagaimanapun, Ketua Komisar dan wakil badan induk dunia UCI mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Datuk Mohd Azizulhasni akibat memintas derny atau motosikal yang menentukan rentak di hadapan kelompok pelumba sebelum motosikal keluar daripada gelanggang perlumbaan.

Kontinjen Malaysia dengan berat hati menerima keputusan ini dan akan memberi sokongan moral tidak berbelah bagi kepada beliau.

Pada masa yang sama pihak Institut Sukan Negara (ISN), juga akan menyediakan perkhimatan sokongan kepada Datuk Mohd Azizulhasni dalam berdepan dengan situasi yang sukar ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini