Tumpuan :
Sukan

Ibrahimovic umum bersara pada usia 41 tahun

MILAN: Zlatan Ibrahimovic mengakhiri kariernya penuh gemilangnya sebagai pemain bola sepak dengan mengumumkan persaraannya.

Penyerang veteran itu mengumumkan keputusannya itu selepas kemenangan 3-1 AC Milan ke atas Verona.”Tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak, bukan hanya kepada anda.

“Terlalu banyak emosi buat saya sekarang. Forza Milan dan selamat tinggal,” kata Ibrahimovic selepas aksi terakhir Serie A di San Siro.

Pemain 41 tahun dari Sweden itu dijangka hanya akan mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Milan selepas mengumumkan akan meninggalkan juara tujuh kali Eropah itu Sabtu lalu.

Dia kembali bersama Milan pada tahun 2019. Sebelum itu dia membantu Milan memenangi Serie A pada tahun 2011.

Ibrahimovic membantu Milan kembali bersaing dalam kelompok teratas liga dan memenangi Scudetto musim lalu.

“Kali pertama saya datang ke sini anda memberikan saya kebahagiaan, kali kedua anda memberikan cinta.

“Anda mengalu-alukan kedatangan saya dengan tangan terbuka, anda membuatkan saya rasa seperti di rumah sendiri, saya akan menjadi Milanista sepanjang hidup saya,” katanya.

Sepanjang kariernya, Ibrahimovic memenangi gelaran liga di Belanda, Itali, Sepanyol dan Perancis, dengan trofi Eropah tunggalnya ialah ketika menjuarai Liga Europa bersama Manchester United pada tahun 2017. – Reuters

Loading...
Terkini