comscore
Tumpuan :
Sukan

Hon Jian – Haikal kejutkan juara Eropah

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara Choong Hon Jian – Haikal Nazri mencipta kejutan pada Kejohanan  Badminton Syed Modi Antarabangsa  India apabila menundukkan juara Eropah Mark Lamsfuss-Marvin Seidel dari Jerman , untuk mara ke suku akhir di Lucknow, hari ini.

Hon Jian – Haikal yang baru digandingkan pada Ogos,  tampak  agak gementar pada set pertama menyaksikan mereka tewas mudah 11-21.

 

Set kedua nyata mendebarkan, hasrat Lamsfuss – Seidel yang juga pilihan keempat untuk bermain ‘straight sets’ tidak kesampaian apabila Hon Jian – Haikal bangkit untuk memenangi set kedua 25-23.

Hon Jian – Haikal yang mendudukki ranking ke-93 dunia  tampil lebih yakin pada set penentuan untuk menamatkan cabaran Lamsfuss – Seidel  21-10 pada pertarungan yang berlarutan 1 jam 3 minit itu.

Pada suku akhir esok, Hon Jian dan Haikal terpaksa berdepan satu lagi pasangan dari Malaysia, Arif Junaidi – Roy King Yap.

Arif dan Roy King mara  selepas  menewaskan beregu tuan rumah, Hariharan Amsakarunan – Ruban Kumar Rethinasabapathi 21-6, 21-17.

Kejutan turut dilakukan perseorangan lelaki, Soong Joo Ven apabila menewaskan pemain nombor 27 dunia dari Taiwan, Wang Tzu Wei.

Joo Ven yang mendudukki ranking ke-74 dunia menang 21-19, 21-13 dalam masa 42 minit dan akan bertemu pemain Perancis, Alex Lanier pada suku akhir esok.

Loading...
Terkini