comscore
Tumpuan :
Sukan

HomeBois suntik semangat  SMG

Dua wakil negara HomeBois dan SMG bawa cabaran negara pada Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) M-5  di Manila. – Foto: NSTP

PETALING JAYA: Aksi pembuka tirai Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) M-5  di Manila menyaksikan cerita berbeza buat dua wakil negara, HomeBois dan SMG.

HomeBois ceria memulakan saingan kumpulan D menewaskan Greek Fam dari Indonesia 2-0, bagaimanapun SMG yang lebih dahulu beraksi  dalam kumpulan B, tumpas 0-2 kepada wakil Turkiye, Fire Flux Esports.

Bintang HomeBois, Zul Hisham Mohd Noor yang lebih dikenali sebagai Xorn, mengharapkan kebangkitan pasukan senegara SMG untuk kembali bersaing.

“Saya rasa SMG perlu segera mencari semula identiti mereka dan kembali lebih mantap dan kuat kerana pasukan yang bertanding  semuanya handal.

“Meskipun kalah kepada Fire Flux,  jurangnya tidaklah besar, mereka kalah pun kerana kelemahan disiplin, jika mereka membaikinya saya yakin mereka mampu meneruskan kemaraan,” kata Xorn yang sekali lagi akan memperkuatkan pasukannya menentang pasukan dari Rusia, Deus Vult pada perlawanan kedua kumpulan D, Rabu ini.

Sebagai rekod, SMG layak ke Kejohanan Dunia selepas menamatkan  kedudukan  dua teratas pada pertandingan wildcard yang diadakan di Malaysia bulan lalu.

Bagaimanpun tugas mencabar buat SMG yang  akan menentang pasukan handalan dari   Filipina, Blacklist International pada aksi kumpulan B esok.

Loading...
Terkini