comscore
Tumpuan :
Sukan

Hoki: Speedy Tigers Ikuti Program Khas di Lenggong

| Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

Foto: Facebook MHC

Lenggong: 26 pemain pasukan hoki senior kebangsaan tiba disini hari ini untuk mengikuti kursus khas Program Pemantapan Pasukan ‘team building sehingga 17 Oktober.

Ia merupakan program seumpamanya disertai skuad kebangsaan bagi menumpukan kepada persiapan mental dan fizikal selain daripada rutin latihan biasa.

Jurulatih Arul Selvaraj percaya ia bakal memberikan banyak manfaat kepada pasukan antaranya mengukuhkan lagi ikatan sesama mereka dan juga semangat patriotisma ketika menyarung jersi negara.

“Ini adalah kali pertama kita membuat sesi team building, tujuannya untuk mencungkil emosi pemain dan maruah diri mereka untuk bermain untuk negara,” jelas Arul.

Inisiatif Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) itu antara program persediaan diatur menuju beberapa tugasan antarabangsa yang menanti pasukan kebangsaan selepas ini iaitu Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2022 di Ipoh pada 1 November, Piala Negara-Negara FIH di Afrika Selatan pada hujung November dan Piala Dunia FIH di India Januari depan.

Foto: Facebook MHC

Program Pemantapan Pasukan bertempat di Kampung Danglang, Kuak itu juga diharap memberikan anak buah Arul bekalan tambahan dikalangan pemain apabila turun beraksi di perlawanan sebenar nanti.

“Faktor-faktor yang akan membantu pemain di padang nanti daripada sesi-sesi yang kita lakukan dari segi kepercayan antara satu sama lain, kerja sama dan juga bertanggungjawab yang dibina dalam setiap pemain dan secara kumpulan” kata beliau.

Sesi ‘team building’ sehingga hari Isnin itu dijalankan di tapak perkhemahan Amazing Camp Legacy: Legends By Nature yang diilhamkan oleh seorang veteran Vat69 Komando yang juga bekas Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun.

Loading...
Terkini