comscore
Tumpuan :
Sukan

HOKI SOJC : Malaysia Akur Kehebatan India

| Oleh Al Shaiful Nazib Talib

TAMAN DAYA : Skuad hoki remaja kebangsaan memulakan kempen Piala Sultan Johor dengan langkah kiri selepas tewas 2-5 kepada pasukan pilihan, India.

India nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mendahului 2-1 pada suku pertama menerusi jaringan Amandeep dan Araijeet Singh Hundal sebelum Shahmie Irfan Suhaimi membuka jaringan buat Malaysia.

Penguasaan India berterusan pada suku kedua dengan dua lagi gol dicipta, kali ini menerusi gol padang Bobby Singh Dhami dan Sudeep Chirmako.

Ketinggalan 1-4, taktikal lebih ampuh perlu direncana jurulatih Muhammad Amin Rahim berbaki 30 minit permainan.

Dan minit ke 52, Muhammad Amirul Hanif Mamat berjaya menjaringkan gol kedua Malaysia, kali ini menerusi jaringan sudut penalti.

Bagaimanapun, empat minit berselang, India berjaya membalas, Sharda Nand Tiwari turut menyempurnakan pukulan sudut penalti, melengkapkan kemenangan 5-2 memihak India.

Sementara itu, pada perlawanan awal, Australia menang tipis 3-2 ke atas Jepun manakala juara bertahan, Britain tidak berdepan masalah membelasah pendatang baharu, Afrika Selatan 4-1.

Perlawanan seterusnya esok, skuad hoki remaja kebangsaan dijadualkan berdepan satu lagi cabaran getir bertemu Australia pada jam 8.35 malam.

Loading...
Terkini