Tumpuan :
Sukan

HOKI : Skuad Remaja Negara Uji Australia Esok

| Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KUALA LUMPUR : Pasukan hoki negara yang akan menyertai Piala Sultan Johor 2022 5 hari lagi akan menguji taring awal barisan menerusi perlawanan persahabatan menentang Australia esok.

Skuad bimbingan Muhammad Amin Rahim itu memulakan kem latihan intensif diikuti 30 pemain sejak 2 minggu lalu justeru masanya sudah tiba untuk menilai kemampuan awal persiapan yang telah dibuat.

Selepas menentang Australia jam 6 petang esok, Malaysia turut mengatur satu lagi perlawanan persahabatan dengan Britain pada hari Rabu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Malaysia muncul juara edisi sulung Piala Sultan Johor 2011 dengan menewaskan Australia 3-2 di Johor Bahru, sebelum terpaksa akur bergelar naib juara pada 2013.

Britain pula menjadi pemenang terbanyak menerusi gelaran 2015, 2018 dan 2019 manakala Australia sudah 2 kali menjulang trofi iaitu 2016 dan 2017.

Loading...
Terkini