comscore
Tumpuan :
Sukan

HOKI: Saingan Piala Sultan Azlan Shah Berlangsung Ikut Jadual

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin
KUALA LUMPUR: Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) yang dijadual di Ipoh, Perak dari 1 hingga 10 November ini tetap akan diteruskan meskipun terdapat kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU15) dilangsungkan bulan depan.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yakin tarikh saingan tersebut tidak akan bertembung dengan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengikut jadual edisi ke-29, perlawanan pembukaan telah diatur pada hari Selasa, sehinggalah perlawanan kemuncak iaitu aksi penentuan juara diadakan 9 hari berikutnya iaitu Khamis sekaligus dijangka tidak bertindih dengan hari pengundian.

PSAS 2022 juga merupakan pertandingan bertaraf antarabangsa justeru tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

Mula dianjur sejak 1983, ia juga bakal menawarkan pungutan mata ranking dunia buat kali pertama kepada pasukan.

Skuad negara juga belum pernah menjulangnya menyaksikan pencapaian terbaik ialah muncul naib juara sebanyak 5 kali

Jadual Speedy Tigers PSAS 2022:

1 Nov : Malaysia – Korea Selatan, 8 mlm

2 Nov : Pakistan – Malaysia, 8 mlm

4 Nov : Afrika Selatan – Malaysia, 8 mlm

5 Nov : Malaysia – Kanada, 8 mlm

7 Nov : Malaysia – Jepun, 8 mlm

9 Nov : Perlawanan klasifikasi tempat & akhir

*semua perlawanan di Stadium Azlan Shah, Ipoh.

Loading...
Terkini