Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
KUALA LUMPUR: Selepas dikejutkan dengan kejadian kekecohan dan perbalahan kira-kira tiga minggu lalu, Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) kembali mengatur semula Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM).
Presiden badan induk itu, I. Vikneswaran menjelaskan ia dijadual Ahad ini di ibu negara menuruti saranan Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang mahu kemelut diselesaikan segera.
Pihaknya yang turut mendapatkan khidmat peguam sukan sebagai rujukan optimis majlis bakal berlangsung dalam suasana terbaik dan harmoni setelah mengambil langkah tambahan berjaga-jaga.
“Kita memastikan, memberitahu agensi relevan, mengenai aspek keselamatan, ketenteraman, kepatuhan dan juga keadilan, untuk memastikan ia dijalankan secara adil”, kata Vikneswaran pada sidang media khas hari ini bersama Bendahari Datuk Hasry Sham Chasmen dan Setiausaha S. Vignesvaran.
Kepimpinan tahun 2024-26 bakal diputuskan menerusi undian 39 ahli gabungan terhadap perebutan jawatan Presiden, lima Naib Presiden serta Bendahari dan Setiausaha.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.