comscore
Tumpuan :
Sukan

Hoki: Brisbane destinasi kem latihan skuad hoki remaja kebangsaan

BUKIT JALIL: Brisbane menjadi pilihan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sebagai lokasi kem latihan Skuad Remaja Kebangsaan menerusi Siri Jelajah Brisbane Australia yang diatur dari 24 Julai hingga 6 Ogos ini.

Ia sebagai persediaan untuk menghadapi dua kejohanan tahun ini iaitu Piala Sultan Johor dan Piala Remaja Asia 2024.

Seramai 26 pemain dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad bawah 21 tahun negara ini yang dibimbing oleh jurulatih, I. Vikneswaran bersama Hairi Rahman, Hanafi Hassan dan Chairil Anwar dengan enam aksi persahabatan di atur di Brisbane nanti.

Menurut pengurus pasukan, S. Ganesan, harapan tinggi diletakkan untuk pemain-pemain yang terpilih memanfaat peluang sebaiknya untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin.

“Selepas sesi pemilihan pemain yang diadakan baru-baru ini, Siri Jelajah Brisbane merupakan langkah pertama bagi mempersiapkan pasukan ini yang akan menghadapai dua kejohanan iaitu Piala Sultan Johor pada Oktober dan Piala Remaja Asia pada bulan Disember.

“Saya berharap setiap pemain yang diberikan kepercayaan bersama pasukan ini akan mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya. Mereka perlu buktikan mengapa mereka harus terus kekal berada di dalam pasukan.

“Barisan kejurulatihan akan terus menilai setiap pemain bagi memastikan mereka dapat berkembang dengan secepat mungkin sebagai seorang individu dan membentuk satu pasukan yang terbaik serta mempunyai persefahaman yang baik antara satu dengan yang lain,” jelas Ganesan.

Empat perlawanan diatur menentang skuad bawah 21 tahun Australia iaitu pada 26, 28, 29 dan 31 Julai, dan baki dua perlawanan, skuad remaja negara akan berdepan kelab tempatan, Queensland HT pada 1 dan 5 Ogos.

Mereka akan berlepas ke Brisbane pada Rabu ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini