comscore
Tumpuan :
Sukan

Hoki ACT2024: Malaysia akhiri kempen di tangga tercorot

FOTO: MHC

Oleh: Hazreen Mubarak

KUALA LUMPUR: Harapan yang didambakan untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan di tempat kelima hancur berkecai selepas pasukan hoki negara mengakhiri saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2024 di tangga tercorot.

Ia menyaksikan skuad bimbingan Sarjit Singh terus longlai di bumi China apabila merekodkan kekalahan ketiga; terbaharu tewas 2-4 dalam penentuan shoot-out kepada Jepun selepas aksi sebenar terikat 4-4.

Dalam aksi klasifikasi 5 dan 6 di Kem Latihan Moqi, Hulunbuir, China, aksi berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan.

FOTO: MHC

Pada suatu ketika, Malaysia nyaris memutlakkan kemenangan lebih awal, namun jaringan saat akhir Seren Tanaka memaksa perlawanan diheret ke penentuan shoot-out apabila keputusan berakhir empat sama.

Jepun nyata lebih tenang berdepan situasi satu-lawan-satu itu selepas empat pemainnya berjaya menyumbat gol, sekaligus kemenangan penuh milik Jepun dengan catatan 4-2.

FOTO: MHC

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tempat tercorot daripada enam pasukan yang bersaing pada ACT 2024.

untuk rekod, ACT edisi lalu menyaksikan Malaysia muncul naib juara selepas tewas 2-3 kepada India di final.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini