comscore
Tumpuan :
Sukan

Hojlund lakar jaringan pertama dalam saingan Liga Perdana, bantu United kalahkan Aston Villa

Rasmund Hojlund menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas 1,027 minit beraksi bersama United.

MANCHESTER: Rasmund Hojlund menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika membantu Manchester United mengalahkan Aston Villa 3-2 di Old Trafford awal pagi tadi.

Lebih menarik jaringan pemain Belanda  lapan minit sebelum wisel penamat itu memastikan tiga mata United selepas ketinggalan dua gol pada babak pertama.

Villa membuka jaringan pada minit ke-21 menerusi John McGinn dan Leander menjadikan kedudukan 2-0 empat minit berselang.

Keadaan itu menyaksikan United diejek penyokongnya ketika pemain memasukki bilik pesalinan.

Bagaimanapun penampilan skuad bimbingan Erik ten Hag nyata berbeza pada selepas rehat.

Alejandro Garnacho menyalakan kebangkitan United apabila merapatkan kedudukan pada ke-59 sebelum pemain muda Argentina itu mejadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-71.

Minit ke-82 menyusul jaringan kemenangan tuan rumah menerusi Hojlund selepas 1,027 minit beraksi bersama United.

“Penantian yang lama tetapi gembira dan sayalah orang paling gembira ketika ini, anda boleh saksikan sambutan selepas kemenangan ini, kami sentiasa mempercayai diri sendiri sehingga ke penghujung saingan dan kami menang hari ini, kata Hojlund yang menyertai United pada Ogos  dari kelab Itali, Atalanta.

Kemenangan 3-2 itu menyaksikan United melonjak ke tangga keenam mengumpul 31 mata, manakala Villa akur tewas buat kali pertama selepas 11 perlawanan untuk mendudukki tangga ketiga dengan 39 mata.

Kakalahan itu turut menggagalkan usaha Villa untuk menyamakan mata dengan pendahulu liga Liverpool yang kini mengumpul 42 mata.

“Saya akan ingat jaringan itu, kali pertama mencecah jaring, saya gembira dengan barisan penggempur kami dengan memperlihatkan watak sebenar dan penuh keyakinan,” ujar  Hojlund.

Loading...
Terkini