comscore
Tumpuan :
Sukan

Hendrawan tiada dalam perancangan BAM, Thien How, Seu Bock turun pangkat

Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan

Oleh: Syakirah Zulkifly

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai barisan kejurulatihan baharu selepas mengambil tempoh satu bulan bagi perbincangan penstrukturan semula.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengumumkan kontrak dua jurulatih, Hendrawan yang telah berkhidmat bersama badan induk itu selama 15 tahun dan jurulatih remaja, Ameer Amri Zainuddin tidak dilanjutkan.

Manakala dua jurulatih berpengalaman, Hoon Thien How yang sebelum ini mengendalikan sektor beregu wanita senior, kini beralih kepada beregu lelaki remaja, sementara Datuk Tey Seu Bock pula membimbing perseorangan lelaki remaja.

Satu lagi peralihan membabitkan penolong jurulatih beregu wanita, Miftakh yang kini akan membantu Tan Bin Shen bagi sektor beregu lelaki.

Tambah Rexy, setakat ini dua individu yang bakal memegang jawatan ketua jurulatih perseorangan lelaki dan wanita serta beregu wanita masih dalam perbincangan.

Difahamkan, jurulatih dari Indonesia yang pernah membimbing dua juara dunia perseorangan lelaki pada tahun 2005 dan 2021 berada dalam radar BAM demi mengkuhkan lagi sektor perseorangan.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini