comscore
Tumpuan :
Sukan

Hazim cipta sejarah selepas tewaskan Rafiq

Atlet boling, Muhammad Hazim Alihanafiah (kiri) bersama Gillian Lim menjulang trofi dan piala ketika final Kejohanan Bowling Terbuka Malaysia 2024 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Atlet boling profesional, Muhd Hazim Ali Hanafiah muncul pemain bukan kebangsaan pertama menjuarai Kejohanan Boling Kebangsaan 2024 selepas mengejutkan jaguh boling negara, Rafiq Ismail di pentas final, semalam.

Hazim menewaskan Rafiq dengan jatuhan pin 267-241 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM9,000.

Rafiq yang mencipta sensasi dengan meraih empat pingat emas pada Kejuaraan Boling Asia di Thailand baru-baru ini, akur membawa pulang RM4,000.

Hazim mengakui kemenangan ke atas Rafiq yang juga pemenang tiga edisi 2015, 2018 dan 2022 adalah sesuatu di luar jangkaannya.

Justeru, dia berharap kejayaan itu dapat membantunya diserap ke pasukan kebangsaan.

Dalam kategori wanita, kemenangan menjadi milik atlet negara, Gillian Lim selepas menewaskan seorang lagi atlet kebangsaan, Nur Syazwani Sahar 164-158.

Kemenangan itu menyaksikan Gillian turut mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama menjuarai Kejohanan Kebangsaan dan Terbuka Malaysia pada tahun yang sama.

Kali terakhir kejayaan berganda itu dilakukan Zandra Aziela pada 2011.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini