Tumpuan :
Sukan

Harimau Muda tumbang kepada Thailand 

Foto Facebook FAM

RAYONG: Saingan Kejuaraan B-23 AFF 2023, Harimau Muda mengakhiri perjuangan di kedudukan keempat selepas tewas kepada Thailand dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Rayong Provincial, Thailand.

Keputusan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti selepas aksi penuh 90 minit berkesudahan tanpa jaringan sebelum Thailand lebih unggul dengan kemenangan 4-3.

Ia sekali gus mengulangi pencapaian yang telah dilakukan Thailand pada edisi 2005.

Pada babak pertama saingan tampak seimbang dengan peluang terbaik Thailand hadir menerusi Phanthamit Praphanth pada minit ke-23.

Bagaimanapun percubaannya dihalang penjaga gol negara, Azim Al Amin.

Harimau Muda tampil menguji gawang Thailand menerusi Fergus Tierney.

Namun hantaran Alif Ikmalrizal ini dapat diselamatkan penjaga gol, Thirawooth Sraunson.

Aksi babak kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan tempo permainan.

Beberapa peluang dicipta, namun gagal menembusi gawang masing-masing.

Syahir Bashah dan Muhammad Abu Khalil gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Harimau Muda sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.

Loading...
Terkini