DOHA: Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon sekadar melakukan sesi latihan ringan di hotel penginapan, hari ini pada hari keempat di Doha, Qatar.
Malaysia akan memulakan kempen Piala Asia dalam Kumpulan E menentang pasukan yang mendudukki tangga ke-87 dunia, Jordan pada 16 Januari diikuti Bahrain (86 dunia) pada 20 Januari.
Paling getir, Malaysia yang berada di tangga ke-130 dunia berdepan juara dua kali Korea Selatan (23 dunia) pada 25 Januari untuk aksi terakhir kumpulan.
Harimau Malaya dijadual berdepan Syria pada aksi pemanas badan terakhir sebelum Piala Asia 2023 secara rasminya bermula pada 13 Januari.
Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak lima kali dengan dua kemenangan buat Malaysia dan dua kemenangan buat Syria manakala satu lagi perlawanan berkesudahan seri.
Kali terakhir mereka bertemu pada 6 September tahun lalu di China yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dua sama.
Syria yang berada dalam Kumpulan B akan memulakan saingan menentang Uzbekistan pada 14 Januari.
Berikut ialah nombor rasmi jersi yang dipakai 26 pemain yang akan membawa cabaran Harimau Malaya di Doha.