comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya kini berselera besar

Pan Gon ditemani Dion Cools pada sidang media pra perlawanan menentang Taiwan di Taipei hari ini. – FOTO: FAM

PETALING JAYA: Rekod lalu bukan lagi menjadi ukuran, malah Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menegaskan situasi terbabit hanya tinggal sejarah kerana pasukan kebangsaan kini sudah berwajah baharu.

Itu antara nada yakin Pan Gon apabila membicarakan rekod pertemuan terdahulu  yang menyaksikan skuad Harimau Malaya bergelut untuk mencipta kemenangan terhadap Taiwan,

Tiga pertemuan lalu, Taiwan menang dua kali, kedua-duanya di gelanggang sendiri membuktikan faktor beraksi di hadapan penyokong sendiri satu kelebihan.

“Kami sememangnya menghormati Taiwan dengan rekod pertemuan sebelum ini memberi kelebihan kepada mereka.

“Namun, perlu diingatkan kami mahu mencipta sejarah baharu dengan layak ke pusingan seterusnya. Kami sekarang ini mempunyai pasukan dan pemain yang berbeza,” kata Pan Gon dalam sidang media pra perlawanan menentang Taiwan, hari ini

Beliau berkata, barisan pemain skuad negara semakin berselera besar apabila meletakkan sasaran untuk layak ke pusingan seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

“Misi kami jelas dan besar iaitu mahu layak ke pusingan seterusnya dan itu menjadi matlamat utama kami untuk memenangi perlawanan dengan Taiwan esok,” tambah Pan Gon.

Perlawanan Harimau Malaya menentang Taiwan dijadual jam 7 malam esok di Stadium Perbandaran Taipei.

Berdasarkan kepada ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ketika ini, Malaysia berada di kedudukan ke-137 manakala Taiwan di tempat ke-152.

Mengenai cuaca yang agak sejuk di Taipei, ini komen Pan Gon, ” Saya lihat tidak menjadi masalah apabila cuaca di negara ini agak sejuk berbanding di Malaysia.”Pemain tidak berhadapan masalah kerana berpendapat lebih baik sejuk berbanding terlalu panas,”

Loading...
Terkini